Polis Marin Sabah rampas rokok

bernilai RM2.5 juta

2013/11/04 – 13:43:56 PM Cetak Emel Kawan
 
KOTA KINABALU: Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua hari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata rampasan rokok jenis EKA Merah dan Hijau itu adalah rampasan terbesar pasukan berkenaan tahun ini.

 

“Dalam serbuan 4 pagi itu tidak ada sesiapa di premis berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

 

Menurutnya siasatan awal polis mendapati penyeludup mengumpul rokok-rokok yang dibekalkan oleh beberapa individu di stor penyimpanan sebelum mengedarkannya kepada pelanggan.

“Dipercayai bahawa rokok jenis ini (EKA) akan menggantikan rokok jenis ERA yang berada di pasaran ketika ini,”katanya. – BERNAMA

 v
 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisMarinSabahrampasrokokbernilaiRM2_5juta/Article/?bh